Berita

Program ‘Chinese New Year Aerojamming’ pupuk semangat perpaduan

SEREMBAN: Program ‘Chinese New Year Aerojamming’ anjuran Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi mampu memupuk semangat perpaduan.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata, acara ini memberikan peluang kepada komuniti untuk bersatu dan meraikan kepelbagaian budaya yang kaya dengan nilai perpaduan.

“Program sebegini bukan hanya mengukuhkan kecergasan jasmani sahaja, malah mampu memberikan energi positif bagi diri kita.

“Semoga acara ini membawa kebahagiaan dan semangat perpaduan yang berkekalan dalam kalangan kita semua,” ujar Mustapha.

Mustapha berkata, Lebih 100 orang telah menyertai acara yang meriah ini.

“Kehadiran yang ramai ini mencerminkan semangat bersatu padu dalam merayakan perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

“Aerojamming menampilkan gabungan seni, muzik dan gerak badan.

“Tahniah kepada Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan atas penganjuran program ini.

“Syabas juga kepada semua peserta yang menjayakan program ini,” kata Mustapha yang juga ADUN Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button