
Permintaan anda kami dengari, semangat anda kami hargai.
Susulan sambutan yang amat menggalakkan terhadap Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menerima banyak maklum balas daripada para ibu tunggal yang masih berharap untuk menyertai program ini pada tahun ini.
Sehubungan itu, JPW kini membuka pendaftaran tambahan bagi negeri-negeri yang masih mempunyai kekosongan slot agar lebih ramai wanita berpeluang mengikuti program pemerkasaan ini.
🌸 Program ini memberi fokus kepada:
✔️ Kemahiran perundangan
✔️ Pengurusan dan literasi kewangan
✔️ Pembangunan psikososial

JPW komited untuk terus memperkasa golongan ibu tunggal melalui akses kepada ilmu, sokongan, bimbingan dan peluang untuk membina kehidupan yang lebih sejahtera demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat.
📌 Pendaftaran adalah percuma.
📌 Tertakluk kepada kekosongan slot mengikut negeri (24 – 26 Julai 2026 di Negeri Sembilan).
📌 Pendaftaran akan ditutup setelah semua slot dipenuhi.
🌻 Kerana setiap wanita berhak untuk bangkit, diperkasa dan melangkah lebih jauh.




