
SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaren telah turun padang bagi mendengar luahan rakyat DUN Sri Tanjung.
Rajasekaren berkata, beliau turun ziarah rumah ke rumah dan menyantuni keluarga setempat.
“Aktiviti tersebut diadakan bagi memastikan kebajikan serta keperluan komuniti sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami.
“Setiap senyuman menjadi pembakar semangat.
“Setiap aduan juga menjadi amanah untuk kami selesaikan.
“Amanah ini akan terus digalas dengan penuh dedikasi,” kata Rajasekaren.



