Menarik

Program Myrakyat tawar harga sayur dan daging lebih murah

TEMIANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), YB Ng Chin Tsai berkata, kenaikan harga barangan secara mendadak telah menyebabkan beban hidup rakyat semakin berat.

“Selain itu, perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir dan musim persekolahan baharu akan bermula selepas itu.

“Sambutan Hari Raya Aidifitri pula pada bulan April.

“Saya berharap Kerajaan Persekutuan melaksanakan beberapa langkah secepat mungkin bagi meringankan beban rakyat,” kata Ng.

Menurut Ng lagi, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Pusat Khidmat Rakyat DUN Temiang telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat setiap bulan seperti program sumbangan barangan dapur kepada penduduk yang miskin, pengagihan alat tulis kepada pelajar dan sumbangan kepada pesakit bagi membantu mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

“Harga sayur-sayuran dan daging semakin melambung.

“Maka saya telah melancarkan Program Myrakyat di DUN Temiang dengan kerjasama FAMA Negeri Sembilan.

“Program ini diharap dapat membantu keluarga yang kurang kemampuan dan terjejas sumber pendapatan,” jelas Ng.

Program sehari ini diadakan di Taman Sri Pulai 3.

Show More

Related Articles

Back to top button