Berita

Program Advokasi dan Jangkauan KOA NS rangkul kejayaan di persada antarabangsa

SEREMBAN: Program Advokasi dan Jangkauan di Kampung Orang Asal Negeri Sembilan telah mencipta kejayaan di persada antarabangsa dalam Anugerah World Summit on the Information Society (WSIS) 2024) kerana terpilih sebagai juara bagi Kategori 5.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan besar dunia kepada Malaysia khususnya Negeri Sembilan.

“Ini juga dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya komuniti Orang Asli di Negeri Sembilan tentang manfaat dan risiko keselamatan dalam talian selain memperkukuhkan kemahiran teknologi dan literasi mereka.

“Program yang diadakan ini adalah kolaborasi strategik Kerajaan Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka.

“Pencapaian ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dan MCMC bagi mengatasi jurang digital di kalangan penduduk, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman seiring memacu Gerbang Digital Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button