Program silang budaya perlihatkan keindahan perpaduan negeri

SEREMBAN: Program Pintar Kreatif Silang Budaya dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Tabika dan Taska Perpaduan Perigkat Negeri Sembilan 2025 secara tidak langsung memperlihatkan keindahan perpaduan antara kaum dalam negeri ini.
Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, ini kerana kita berpeluang melihat anak-anak kecil tampil dengan pakaian tradisi masing-masing.
“Mereka juga turut mengalunkan ikrar serta mempersembahkan kreativiti mereka dengan penuh keyakinan.
“Ia menggambarkan bahawa nilai keharmonian dan saling menghormati serta subu yang mula dipupuk sejak awal usia.
“Semangat kerjasama dan sokongan padu ini yang menjadikan Malaysia kukuh sebagai sebuah negara yang aman, inklusif dan kaya dengan kepelbagaian budaya.
“Saya merakamkan penghargaan kepada para guru, ibu bapa, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta semua rakan strategik yang menjayakan program ini.
“Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi dalam membentuk generasi muda yang beradab, kreatif, berkeyakinan dan menghargai perpaduan sebagai asas kekuatan negara,” kata Tengku Zamrah.



