Berita

Projek Rumah Mampu Milik Ladang Kirby dijangka siap sebelum Mac 2024

SEREMBAN: Kerajaan Negeri telah melantik pemaju yang sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Ladang kirby, Labu.

Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, projek yang melibatkan 203 unit rumah RMM dijangka dapat disiapkan sebelum 1 Mac 2024.

Pelbagai bantuan telah disediakan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri dan MBI untuk membantu meringankan beban bekas pekerja ladang Sime Darby yang terlibat dengan pelaksanaan Projek RMM ini. Antara bantuan yang dipersetujui adalah seperti berikut:

1. Memberikan subsidi sebanyak RM44,000 bagi tujuan pembelian rumah jenis Type A di projek RMM Taman Kirby bagi kesemua 36 bekas pekerja ladang dengan harga jualan rumah Type A tersebut adalah sebanyak RM36,000 seunit;

2. Pentadbiran Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk menyediakan Skim Sewa Beli bagi bekas pekerja Ladang Kirby yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank bagi tujuan pembelian RMM Type A pada harga RM36,000 tersebut; dan

3. MBI bersetuju untuk menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM500.00 sebulan kepada kepada keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal sementara sehingga projek perumahan tersebut siap dan diserahkan kepada mereka.

“Selain itu, Jabatan Tenaga Kerja juga ada menyediakan satu skim pembiayaan untuk membolehkan pekerja ladang memiliki rumah sendiri iaitu Skim Khas Rumah Estate (SKRE).

“Ia merupakan satu mekanisma pembiayaan/pinjaman perumahan yang disediakan kepada pekerja ladang dengan kadar faedah serendah 2 peratus dan diuruskan melalui Bank Simpanan Nasional,” kata Arul Kumar di Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada Selasa.

Terlebih dahulu, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren (Pakatan Harapan) bertanya apakah status terkini projek perumahan di Ladang Kirby dan apakah jenis bantuan yang diberikan kepada para pekerja ladang oleh pihak Kerajaan Negeri.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button