BeritaMenarik

ProsPIM bantu murid prasekolah capai tahap perkembangan

SEREMBAN: Program Pengesanan Perkembangan dan Intervensi Murid Prasekolah (ProsPIM) adalah suatu langkah proaktif ke arah membantu murid prasekolah mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya sesuai dengan usia mereka.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, tahap pertumbuhan dan pembelajaran anak-anak di prasekolah amat penting untuk dikenalpasti.

“Ia akan membantu kita merancang keperluan intervensi dan perkhidmatan sokongan.

“Agenda pengukuhan dan perluasan prasekolah sememangnya menjadi salah satu fokus penting Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha mereformasi pendidikan dalam negara,” kata Fadhlina di majlis perasmian ProsPIM di Klana Resort.

Sementara itu, Exco Pendidikan dan Modal Insan, Dato’ Ismail Lasim berkata, ProsPIM adalah bertujuan sebagai satu lapangan pemakluman kepada semua guru-guru tadika atau prasekolah bagaimana untuk membuat pengesanan awal di samping melakukan intervensi yang bersesuaian seawal mungkin bagi meminimumkan impak ketidakupayaan kanak-kanak prasekolah ini.

“Pngesanan awal ini merujuk kepada proses mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai kesukaran dalam pembelajaran dan mempunyai ciri berkeperluan khas dengan menggunakan instrument yang bersesuaian,” ujarnya.

Program PROSPIM dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama daripada Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) serta Unit Prasekolah dan Rendah, JPNS.

Show More

Related Articles

Back to top button