BeritaProgram

Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan telah berpindah ke lokasi baharu

Pusat Khidmat Rakyat ADUN Ampangan telah dipindahkan ke lokasi baharu bagi memastikan perkhidmatan yang lebih selesa dan mudah diakses oleh penduduk setempat.

Bermula 25 Jun 2025, pejabat ini beroperasi sepenuhnya di alamat baharu seperti berikut:

📍 No. 50A, Tingkat 1, Jalan Cempaka,
Bandar Baru Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Pejabat ini terletak di atas Kafe The Coffeeholic, dan bersebelahan Pasar Ampangan (Baharu), sekali gus memudahkan penduduk untuk mengenal pasti lokasinya.

Pusat Khidmat Rakyat ADUN Ampangan akan terus menyediakan pelbagai kemudahan seperti saluran aduan, urusan kebajikan rakyat, permohonan bantuan dan Sebagainya.

Warga Ampangan dialu-alukan hadir ke pejabat baharu ini bagi mendapatkan maklumat, membuat pertanyaan atau menyuarakan pandangan demi kesejahteraan bersama.

Show More

Related Articles

Back to top button