Berita

Rajasekaren mahu tindakan tegas kepada pemandu mabuk

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaren mahu tindakan tegas dikenakan tanpa sebarang kompromi kepada mererka yang memandu secara mabuk dan menyebabkan kemalangan.

Rajasekaren berkata, sebagai rakyat prihatin, beliau memandang serius kejadian baru-baru ini yang meragut nyawa seorang ayah yanng keluar untuk membeli buku teks anaknya.

“Namun begitu, akibat sikap tidak bertanggungjawab pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah, sebuah keluarga kehilangan insan tersayang.

“Ia bukan sekadar kemalangan, ia adalah kecuaian yang membawa maut.

“Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan serta hukuman lebih berat harus dilaksanakann sebagai pengajaran kepada semua.

“Nyawa manusia bukan sesuatu yang boleh diganti.

“Jangan biarkan tragedi seperti ini berulang,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button