Berita

Rajasekaren ziarah pesakit hidapi masalah buah pinggang

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaren telah turun padang bagi menyantuni Puan Nurhidayu yang menghidapi masalah buah pinggang.

Rajasekaren berkata, Puan Nurhidayu sedang berada dalam fasa pemulihan kerana baru sahaja menjalani pembedahan buah pinggang.

“Dalam lawatan tersebut, saya bersama dengan wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melihat bantuan segera yang boleh disalurkan kepada beliau.

“Beberapa tindakan susulan sudah diambil antaranya memanjangkan permohonan bantuan zakat ke Majlis Agama IslamĀ  Negeri Sembilan (MAINS).

“Selain itu, kes ini juga telah dirujuk kepada Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) bagi tindakan lanjut di bawah program kesejahteraan rakyat,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button