BeritaMenarik

Rakyat dinasihati tidak terpengaruh dengan fitnah

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menasihatkan rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah khususnya pada bulan Ramadhan yang akhirnya merosakkan ibadah mereka.

“Janganlah kita menokok tambah perkara yang tak betul yang akhirnya menganggu ibadah puasa kita.

“Kita puasa letih lapar, tetapi dalam masa yang sama, kita masih lagi mengadu domba sesama masyarakat yang akhirnya merugikan pahala kita sendiri dan ada masalah hendak bangunkan negara ke arah yang lebih baik.

“Pada masa yang sama, rakyat juga harus bijak mencari maklumat yang tepat kerana merekalah yang menentukan masa depan negara,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil baru-baru ini yang berkata ada Ahli Parlimen pembangkang menyeleweng fakta di parlimen.

Fahmi berkata, siri kenyataan Ahli Parlimen yang tidak benar telah mengelirukan Dewan Rakyat, sebelum disusuli dengan siri permohanan maaf.

Show More

Related Articles

Back to top button