RM170 juta dana kepada tujuh PBT di Negeri Sembilan
SEREMBAN: Sebanyak RM170 juta peruntukan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada kesemua tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, peruntukan diberikan supaya PBT dapat melaksanakan pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan awam.
“Selain daripada peruntukan tersebut, PBT juga turut menggunakan sumber kewangan mereka sendiri untuk melaksanakan beberapa projek kemudahan lain bagi memastikan semua kemudahan dan infrastruktur dapat ditambah baik.
“Hal ini adalah kerana PBT memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan setiap aduan dan masalah serta menaik taraf kemudahan awam untuk memastikan masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan selamat,” kata Arul Kumar.