Berita

RM2 JUTA: Inisiatif Penyelenggaraan Perumahan Swasta (Strata) Belanjawan Negeri Sembilan 2025

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM2 juta untuk penyelenggaraan perumahan swasta untuk rumah-rumah pangsa kos rendah dan sederhana.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar, melalui peruntukan tersebut sembilan projek penyelenggaraan telah diluluskan di sembilan kawasan rumah pangsa kos rendah dan sederhana di Negeri Sembilan.

“Tujuan penyediaan dana ini adalah untuk membantu JMB atau MC yang tidak mempunyai peruntukan besar untuk melaksanakan beberapa kerja yang melibatkan kos yang besar.

“Ia juga sekaligus akan menyelesaikan masalah lama dan boleh memberikan satu kawasan tersebut tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat kepada semua penduduk,” ujar beliau.

Antara projek yang telah dilaksanakan:

1. Kerja-kerja penggantian pagar serta kerja berkaitan di Rumah Pangsa Taman Waja, Kuala Pilah – RM 50,000.

2. Kerja-kerja penyelenggaraan, membaikpulih dan menaiktaraf harta bersama di Flat Taman Astana Harmoni, Lukut – RM150,000.

3. Kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur kemudahan awam serta kerja berkaitan di Rumah Pangsa Taman Semarak 2, Nilai – RM 171,600.

4. Kerja-kerja menurap semula jalan serta kerja berkaitan di Flat Kos Rendah Taman Senangin, Seremban – RM114,500.

5. Kerja-kerja menurap semua jalan serta kerja berkaitan di Apartment Kos Rendah Fasa 4, Dahlia 2, Seremban 2 – RM191,200.

6. Kerja-kerja menurap semula jalan serta kerja berkaitan di Apartment Cempaka 2, Seremban 2 – RM287,700.

7. Kerja-kerja menurap semula jalan serta kerja berkaitan di Rumah Pangsa Taman Rasah Jaya, Seremban – RM499,400.

8. Kerja-kerja membaikpulih empat blok bumbung di Rumah Pangsa Gentam, Kuala Pilah – RM455,000.

9. Kerja-kerja membaiki kerosakan harta bersama di Flat Taman Orkid, Port Dickson – RM50,000.

Arul Kumar berkata demikian selepas melawat kerja-kerja penurapan jalan di Apartment Kos Rendah Cempaka 2, Seremban 2.

Turut bersama dalam lawatan ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon dan pegawai-pegawai dari Bahagian Perumahan SUK Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button