Berita

RM5.7 juta untuk Kampung Ulu Beranang

LENGGENG: Sebanyak RM5.7 juta telah diluluskan untuk pelbagai projek pembangunan di Kampung Ulu Beranang.

ADUN Lenggeng, Dato’ Mohd Asna Amin berkata, daripada peruntukan RM5.7 juta itu, sebanyak RM1.7 juta adalah untuk pembinaan masjid baharu Kampung Ulu Beranang.

“Baki peruntukan tersebut adalah untuk pembangunan serta infrastruktur kawasan kampung.

“Ini adalah satu rekod pembangunan yang amat membanggakan bagi kawasan Kampung Ulu Beranang,” kata Mohd Asna di Majlis Sambutan Hari Malaysia anjuran JPKK Kampung Ulu Beranang di Balai Raya Kampung Ulu Beranang.

Dalam pada itu, Mohd Asna mengucapkan tahniah kepada JPKK Kampung Ulu Beranang.

“Ramai penduduk kampung turun bagi memeriahkan program ini.

“Pelbagai aktiviti telah diadakan dan saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan,” ujar Mohd Asna.

Show More

Related Articles

Back to top button