Berita

RM58.4 juta peruntukan selenggara infra di bawah MARRIS

SEREMBAN:Sebanyak RM58.4 juta diperuntukkan di bawah MARRIS digunakan bagi kerja selenggara infrastruktur awam di seluruh Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, peruntukkan tersebut merangkumi sebanyak 584 bilangan kerja dengan kaedah Kerja UNDI pada Fasa 1 dan Fasa 2.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, kami komited untuk memastikan bahawa setiap prohek penyelenggaraan yang diberikan dapat dijalankan dengan telus dan efisien.

“Saya juga akan sentiasa memantau dan memberikan sokongan yang diperlukan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek yang diberikan.

“Dalam masa sama, saya juga ingin berpesan kepada pihak kontraktor bahawa perancangan dan persediaan awal itu amat penting sebelum memulakan kerja bagi mengelakkan projek lewat disiapkan.

“Saya yakin dengan pengalaman dan keupayaan yang dimiliki oleh anda semua, kerja-kerja selenggara ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, profesional dengan standard kualiti kerja yang terbaik berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Kerja MARRIS Fasa 2 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button