Berita

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Sembilan pada 17 Februari

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 17 Februari 2026 ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sambutan pada tahun ini berbeza berbanding sambutan pada tahun-tahun sebelumnya.

“Pada tahun ini kita akan ada sambutan pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina iaitu pada malam 17 Februari ini.

“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira ramai masyarakat yang bercuti pada hari tersebut.

“Saya menjemput seluruh rakyat Negeri Sembilan untuk hadir ke majlis ini bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada 11 hari tersebut nanti,” kata beliau.

Dalam pada itu, Aminuddin turut memaklumkan Santapan DiRaja akan diadakan di Klana Resort pada 24 Januari ini sempena Hari Keputeraan Ke-78 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Aminuddin mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu di Negeri Sembilan dan Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button