Rusli serah bantuan RM6,000 kepada pelajar IPT
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyerahkan bantuan RM1,000 kepada enam pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“Insentif Kecemerlangan Pelajar IPT ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi meringankan beban pelajar yang baru mendaftar masuk ke IPT.
“RM1,000 diberikan kepada setiap pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah.
“Semua pelajar terdiri daripada berbilang bangsa, dari keluarga yang berpendapatan rendah dan anak Negeri Sembilan,” kata Rusli.
Rusli mengucapkan tahniah dan berharap agar bantuan ini digunakan dengan sebaik mungkin demi merealisasikan impian untuk berjaya di dalam bidang pendidikan.
Semua pelajar mengucapkan terima kasih kepada Rusli Abdullah yang telah menyampaikan bantuan tersebut di Pejabat Penyelaras DUN Linggi.