Berita

SK Kem Syed Sirajuddin muncul juara Kejohanan Bola Tampar Piala Dato’ Mohd Isam Mohd Isa

TAMPIN: Pasukan Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin (SKKSS) muncul Juara dalam Kejohanan Bola Tampar Terbuka Bawah 9 tahun Piala Dato’ Mohd Isam Mohd Isa di Dewan MK Garison, Kem Syen Sirajuddin, Gemas.

Dalam pertandingan akhir kategori lelaki, pasukan SKKSS mengalahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina La Salle, Kuala Lumpur.

Manakala dalam kategori perempuan, pasukan SKKSS muncul sebagai naib johan selepas kalah kepada pasukan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Pulau Pinang dalam perlawanan akhir.

Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa berkata, sebanyak 26 pasukan daripada 13 buah sekolah dari enam negeri (Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang) menyertai kejohanan ini.

“Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan ini.

“Terima kasih di atas kerjasama penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini,’ kata Mohd Isam.

Show More

Related Articles

Back to top button