YB Kita
SK Talang terima televisyen daripada Noorzunita

PILAH: Sekolah Kebangsaan Talang telah menerima sumbangan sebuah unit televisyen daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.
Noorzunita berkata, sumbangan tersebut adalah salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.
“Ini supaya suasana pembelajaran menjadi interaktif dan menarik.
“Penyampaian yang dilakukan oleh guru juga boleh jadi lebih efektif untuk para pelajar.
“Sumbangan ini juga akan membuka peluang kepada murid-murid untuk mengakses bahan pembelajaran berkualiti dan termasuk video pendidikan.
“Semoga sumbangan ini juga dapat membawa manfaat berpanjangan kepala pelajar di sekolah ini,” kata Noorzunita.