Berita

SK Wawasan Seremban terima dana RM93,700 daripada Cha

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyumbang RM93,700 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Wawasan Seremban 2.

Cha berkata, peruntukan ini diberikan untuk menampung kos penganjuran pelbagai program di sekolah, pembelian kerusi dan meja serta Smart TV.

“Sebanyak 27 set kerusi dan meja kantin yang baharu telah dihantar ke sekolah pada minggu lepas.

“Adalah diharapkan dengan penambahan meja dan kerusi yang baharu ini, ia akan membolehkan anak-anak SK Wawasan dapat menikmati makanan dalam persekitaran yang lebih selesa.

“Selain itu, pembelian 16 set Smart TV Panasonic 65 inci dapat memenuhi keperluan semasa dalam pendigitalan pendekatan pendidikan dalam kelas,” ujar beliau.

Cha berkata, kesemua kemudahan ini adalah untuk manfaat dan kepentingan anak-anak SK Wawasan.

“Saya juga yakin ia akan meningkatkan semangat warga SK Wawasan untuk terus maju dalam pendidikan.

“Pada jangkaan saya, dana RM93,700 ini akan menjadikan SK Wawasan antara sekolah yang menerima paling banyak peruntukan Ahli Parlimen Rasah.

“Semoga SK Wawasan di Seremban 2 terus menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang,” kata Cha lagi.

Cha berkata demikian dalam ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2.

Show More

Related Articles

Back to top button