Berita

Kerajaan Negeri rangka pelan galakan hasil dwicangkerang

SEREMBAN:Kerajaan Negeri Sembilan sudah mula merangka pelan pengambilan hasil dwicangkerang.

Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, hasil ujian terkini yang dilakukan mendapati perairan pantai Port Dickson mempunyai kandungan biotoksin sebanyak 498 per billion (ppb).

“Ia merupakan kali pertama kandungan biotoksin berada di bawah 800 ppb setelah hampir lapan kali sampel diambil.

“Saya juga telah mengarahkan satu lagi analisis identifikasi jenis plankton sebelum sebarang keputusan membenarkan pengambilan kupang diumumkan kepada masyarakat.

“Dalam masa sama, saya yakin bahawa kupang di perairan pantai Port Dickson akan kembali selamat untuk dimakan tidak lama lagi.

“Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menasihati semua pengguna agar terus mematuhi arahan pihak berkuasa agar tidak memungut dan memakan hasil dwicangkerang daripada perairan Port Dickson selagi kandungan biotoksin berada di bawah paras bahaya,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button