Berita

Kerajaan Negeri komited ke arah pembangunan mobiliti rendah karbon

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan komited ke arah membangunkan mobiliti rendah karbon melalui perancangan petak pengecasan kereta elektrik (EV).

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J. Arul Kumar berkata, hasil Mesyuarat Jawatankuasa Perancang yang lalu, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan pemakaian garis panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB).

“Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri bagi mencapai sasaran kerangka Ekonomi MADANI iaitu mencapai sasaran sebanyak 10,000 EVCB di seluruh negara menjelang 2025.

“Sehingga kini terdapat 69 stesen pengecasan EV sedia ada, 51 lagi dalam proses mendapat kebenaran merancang dan lebih 300 cadangan stesen pengecasan EV baharu.

“Penyediaan EVCB perlu mematuhi syarat-syarat yang terdapat dalam Garis Panduan Keselamatan Kebakaran Bagi Pemasangan Electric Vehicle Charging Bay di premis oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“GPP EVCB ini adalah penting bagi mempercepatkan proses penyediaan infrastruktur EVCB yang selamat dan lengkap di lokasi strategik bagi menyokong industri EV di negara ini,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button