Berita

SMK Bukit Saujana terima sumbangan kewangan daripada Parlimen Port Dickson

PORT DICKSON: Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana telah menerima sumbangan kewangan daripada Parlimen Port Dickson.

Pegawai Pejabat Parlimen Port Dickson, Encik Ahmad Nadzri Ismail berkata, sumbangan tersebut adalah bagi kerja-kerja baik pulih pagar di kawasan padang sekolah.

“Ia secara tidak langsung dapat memberikan keselamatan yang lebih baik kepada para pelajar.

“Selain itu, ia juga memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pihak sekolah untuk menjalankan program di kawasan padang tersebut,” kata Ahmad Nadzri.

Show More

Related Articles

Back to top button