69 jemaah haji Port Dickson terima sumbangan kewangan

PORT DICKSON: Seramai 69 orang jemaah haji Port Dickson telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.
Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, sumbangan kewangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban mereka.
“Selain itu, saya turut berkongsi pengalaman saya semasa menunaikan haji.
“Ia adalah sebagai bekalan semangat buat mereka dalam melaksanakan Rukun Islam kelima ini.
“InsyaAllah, semoga segala urusan para jemaah dipermudahkan dan ibadah mereka diterima.
“Saya juga mengambil kesempatan memohon agar para jemaah dapat mendoakan kesihatan buat ahli keluarga serta barisan kepimpinan negeri agar terus diberi kekuatan dan petunjuk dalam mentadbir Negeri Sembilan dengan sebaik mungkin.,” kata Aminuddin.
Sumbangan tersebut diserahkan di Dewan Auditorium, Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson.