BeritaMenarikProgram

Syarikat farmaseutikal New Zealand bakal labur RM300 juta di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Sebuah syarikat farmaseutikal daripada New Zealand bersetuju untuk melabur sebanyak RM300 juta di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, permintaan daripada pelabur tempatan dan luar negara sangat tinggi untuk pelaburan perindustrian halal di Negeri Sembilan.

“Saya baru balik dari New Zealand dalam misi meneroka pelaburan di Negeri Sembilan.

“Sebuah syarikat farmaseutikal bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM300 juta di Negeri Sembilan.

“Syarikat ini komited untuk mendapatkan sijil halal Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pembangunan Fasa 3 di Taman Perindustrian Bandar Teknologi Enstek (Techpark@Enstek) juga hampir habis terjual.

“Di Techpark@Enstek kita ada Ajinomoto (Malaysia) Bhd dari Jepun, Kellogg’s Malaysia (Amerika Syarikat-AS), Dutch Lady Milk Industries Bhd (Belanda), Mahsuri Food Sdn Bhd (Malaysia), Tyson Foods Malaysia (AS), Coca-Cola Bottlers (M) Sdn Bhd (AS), Sunshine Bread (M) Sdn Bhd (Singapura) dan Pure Circle (AS).

“Selepas ini Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) akan membangunkan ladang tenusu integrasi di Gemas.

“Menurut TH Properties, lot tapak perindustrian sudah habis dan mereka perlu cari tapak baharu untuk besarkan lagi Techpark@Enstek,” jelas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button