Berita

Tindakan tegas diambil kepada pemilik tanah benarkan pemasangan billboard haram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan tegas kepada pemilik tanah yang membenarkan billboard haram dibina di atas tanah mereka.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan billboard dibenarkan sekiranya dilakukan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kita sedia maklum bahawa di Negeri Sembilan terdapat angin yang kuat lebih-lebih lagi di lebuhraya.

“Kita tidak mahu, pemasangan billboard yang tidak mengikut prosedur akhirnya mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya.

“Sekiranya terdapat kemalangan seperti billboard terbang ke atas lebuhraya dan menyebabkan kemalangan, pengguna boleh menyaman pengiklan dan juga pemilik tanah.

“Hal ini kerana Kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab.

“Kita sudah maklumkan bahawa pemasangan billboard perlu membuat permohonan dahulu, mengikut SOP dan diletakkan di tempat yang betul,” tegas Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button