Berita

Kejohanan Badminton Tertutup DUN Gemencheh dapat sambutan

GEMENCHEH: Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh telah menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup DUN Gemencheh dan mendapat sambutan daripada peminat badminton tempatan.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, kejohanan yang diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Rokan Utara ini mempertandingkan sebanyak tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu campuran dan beregu otai.

“Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM250, medal dan hamper. Naib Johan memenangi wang tunai RM150, medal dan hamper.

“Tempat Ketiga hadiah RM80 medal dan hamper dan tempat keempat medal dan hamper.

“Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan kejohanan ini,” Abd Latif.

Abd Latif turut mengambil bahagian dalam kategori otai bagi memeriahkan suasana kejohanan.

Turut hadir, menyaksikan kejohanan barisan Pengerusi MPKK, Encik Manabub, Encik Abu Bakar, Encik Mohd Zan, Encik Abdull Aziz, Encik Mohd Zairi, Puan Rusiyah, Puan Sapiah dan juga Setiausaha MPKK, Encik Sharif.

Berikut keputusan kejohanan serta butiran hadiah:

Beregu lelaki

JOHAN: Aiman Chong dan Chong Jun Cheng
NAIB JOHAN: Rashid dan Syafiq
TEMPAT KETIGA: Chong Jun Jie dan Chew Fook Chan
TEMPAT KEEMPAT: Tan Chin Kit dan Syukri Arif

Beregu Campuran

JOHAN: Afifah dan Hazim
NAIB JOHAN: Roslinzianoor dan Ismail
TEMPAT KETIGA: Paris Pang Xin Ling dan Tan Zhan Wen

Beregu Otai

JOHAN: Nordin dan Yasin
NAIB JOHAN: Aznizam dan Suhaimi
TEMPAT KETIGA: Manabud dan Latif

 

Show More

Related Articles

Back to top button