Berita

Ibu bapa perlu beri dorongan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan

PALONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Mustapha Nagoor telah menyempurnakan Majlis Apresiasi Tabika/Taska KEMAS DUN Palong Tahun 2023/2024 dan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Felda Palong 7 Sesi Akademik 2023-2024.

Mustapha berkata, majlis apresiasi ini menjadi platform untuk memberikan penghargaan kepada pendidik, pelajar serta ibu bapa yang telah memberikan sumbangan besar dalam pembangunan akademik dan perkembangan kanak-kanak.

“Saya mahu anak-anak ini tetap bersemangat dan ibu bapa perlu berikan dorongan agar kecemerlangan dan keberhasilan pendidikan di DUN Palong kekal berterusan.

“Terima kasih di atas sokongan dan perhatian semua pihak terhadap pendidikan di DUN Palong.

“Semoga majlis apresiasi ini menjadi titik tolak untuk mencapai lebih banyak kejayaan dan kemajuan di masa akan datang,” ujar Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button