Berita

Mangsa kebakaran terima rumah baharu dari Aminuddin

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson telah membina rumah baru kepada mangsa kebakaran, Encik Goh Chong Peng.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Encik Goh merupakan mangsa kebakaran pada kejadian bulan Januari lalu yang menyebabkan rumah beliau musnah sepenuhnya.

“Justeru, sebuah rumah baru telah dibina untuk beliau yang menelan belanja sebanyak RM43,000.

“Manakala jirannya, Encik Mok Tuang Yong diberi bantuan baik pulih rumah dengan kos RM13,000.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Encik Goh dan Encik Mok,” kata Aminuddin.

Aminuddin merakamkan penghargaan kepada agensi kerajaan dan jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Hailam yang terlibat dalam menjayakan pembinaan rumah baharu bagi kedua-dua mangsa kebakaran tersebut,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Penerima Bantuan Bina Baharu Rumah Terbakar, Kampung Teck Lin, Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button