Berita

84 asnaf terima peluang umrah oleh Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Seramai 84 orang asnaf daripada seluruh Negeri Sembilan telah menerima peluang untuk melakukan ibadah umrah oleh Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dengan kerjasama Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, peluang ini diberikan buat pertama kali untuk rakyat Negeri Sembilan.

“Asnaf yang terpilih adalah selepas memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan.

“Terima kasih kepada syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. yang sudi bekerjasama dengan Negeri Sembilan.

“Saya berharap agar mereka yang terpilih ini dapat memanfaatkan peluang ketika berada di sana.

“Hal ini kerana kita tidak mengetahui bila lagi kita akan mendapat peluang untuk menjejakkan kaki semula ke sana.

“Mudah-mudahan usaha yang dilakukan ini mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t.,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button