SEREMBAN: Projek Taman Sakura Mahsan Heights di Bahau yang dimulakan 10 tahun dahulu kini siap 96 peratus.
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, pemaju menunggu surat sokongan daripada Indah Water Consortium dan Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) yang membolehkan projek tersebut menerima CCC.
“Saya bersama Unit Perumahan Negeri Sembilan dan Pihak Berkuasa Tempatan (MPJL) telah berjumpa dengan pemaju projek perumahan terbengkalai di Taman Sakura Mahsan Heights, Bahau.
“Pemaju telah berjanji akan dapatkan CCC dalam tempoh dua bulan dan MPJL akan membantu dalam urusan tersebut.
“Untuk projek 59 unit rumah dua tingkat yang belum selesai, pihak pemaju sebelum ini meminta untuk satu lagi perjumpaan dengan pemilik tanah sekali.
“Dalam masa terdekat akan mengadakan satu perjumpaan bersekali dengan pemilik tanah untuk mencari jalan untuk menyelesaikan isu tersebut,” kata Arul Kumar.