Tema sambutan Hari Guru 2025: ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan’

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mengumumkan tema sambutan Hari Guru 2025 iaitu, ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan’.
Fadhlina mengumumkan tema sambutan Hari Guru 2025 itu semasa Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Dalam ucapan perasmian beliau, Fadhlina telah menyentuh mengenai peri penting Gerakan Massa digunakan sebagai wadah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pendidikan.
Beliau turut menyeru seluruh warga pendidikan untuk bersama-sama menjayakan agenda reformasi pendidikan demi manfaat seluruh masyarakat.
Hadir bersama pada majlis ini adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Dato’ Ts.Dr.Aminuddin Hassim dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Azman Adnan.