Berita

Tengku Zamrah komited santuni rakyat DUN Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman terus komited menyantuni rakyat di kawasan DUN Ampangan melalui sesi pertemuan bersama masyarakat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

Beliau berkata, usaha mendekati rakyat secara bersemuka penting bagi memberi ruang kepada masyarakat menyampaikan sendiri keluhan, pandangan serta keperluan yang dihadapi.

“Ini kerana kita telah diberi amanah untuk berkhidmat kepada rakyat dan ia merupakan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen dan keikhlasan,” katanya.

Menurut Tengku Zamrah, setiap aduan yang diterima daripada masyarakat akan diberi perhatian serta diteliti bersama agensi berkaitan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Setiap aduan yang diterima akan diambil perhatian dan disemak bersama agensi berkaitan supaya tindakan serta penyelesaian yang sewajarnya dapat diusahakan demi kesejahteraan masyarakat,” katanya lagi.

Tambah beliau, sesi pertemuan seperti ini juga menjadi platform penting untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada perhatian dan bantuan yang diperlukan.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha mendekati rakyat akan terus diperkukuhkan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat di DUN Ampangan.

Show More

Related Articles

Back to top button