YB Kita

Tengku Zamrah raikan pelajar Tuisyen Komuniti DUN Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman telah meraikan calon SPM 2025 dari Tuisyen Komuniti Percuma DUN Ampangan.

Majlis menyaksikan penyampaian ‘Penghargaan Pelajar Terbaik Kehadiran’ serta set alatan tulis pelajar bagi kegunaan semasa peperiksaan bertulis SPM 2025 (25 November – 23 Disember), disertai bacaan doa selamat bagi semua calon sebagai tanda sokongan dan harapan kejayaan.

“Saya mendoakan agar semua calon membuat persiapan rapi, kekal fokus dan yakin dengan kemampuan diri.

“Beliau menekankan bahawa setiap usaha yang dilakukan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan, sambil memberi inspirasi agar pelajar terus melangkah dengan semangat dan keyakinan.

“Majlis turut menampilkan sesi perkongsian cabaran dan strategi menghadapi SPM serta melanjutkan pengajian ke universiti, dikongsikan oleh alumni yang berjaya, memberi inspirasi kepada calon.

“Majlis diakhiri dengan sesi bergambar, ramah mesra, dan jamuan makan malam.

“Program tuisyen percuma ini dijangka diteruskan tahun hadapan bagi terus memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti setempat,” kata Tengku Zamrah.

Show More

Related Articles

Back to top button