Berita

Tiada diskriminasi penggunaan kemudahan awam

SEREMBAN: Tiada amalan diskriminasi dalam penggunaan kemudahan awam di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kemudahan prasarana awam kepada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau rakyat jelata kerana kemudahan awam adalah untuk kepentingan dan kegunaan rakyat dan tidak seharusnya dipolitikkan.

“Kerajaan Negeri juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau sekatan ke atas penggunaan kemudahan awam.

“Namun, penggunaan prasarana awam seperti dewan orang ramai, padang awam dan kemudahan lain mestilah mengikut prosedur sedia ada tanpa mengira latar belakang politik.

“Sekiranya prasarana digunakan untuk tujuan yang sah, adil, dan tidak melanggar sebarang peraturan, setiap ADUN berhak mengakses kemudahan tersebut tanpa sebarang diskriminasi dengan mematuhi tatacara atau peraturan yang ditetapkan seperti mana yang terpakai rakyat jelata yang lain.

“Pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan prasarana awam harus bertindak secara profesional dan adil, memastikan bahawa akses kepada kemudahan ini diberikan tanpa berat sebelah, mengikut prinsip keadilan untuk semua pihak,” kata Aminuddin.

Jawapan tersebut diberikan bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting di Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button