Berita

Tiada penyelewengan zakat MAINS: SPRM

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengesahkan tiada penyelewengan wang zakat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut pada 2019 dan mendapati tiada sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah.

“SPRM berharap mana-mana pihak menghentikan penyebaran berita-berita palsu berhubung perkara berkenaan sebagaimana disiarkan dalam sebuah akaun Telegram baru-baru ini.

“SPRM Negeri Sembilan sentiasa komited dalam usaha memerangi rasuah yang melibatkan dana awam di negeri ini,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau menyerahkan kepada SPRM dan pihak polis menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Sekiranya dakwaan itu benar, kena ambil tindakan dan sekiranya sebaliknya, maklum kepada masyarakat,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button