BeritaProgram

Tiga hari lagi, Festival Rentak Negeri 2026

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan HAVOC Food Festival membawakan kepada anda.
PROGRAM PELANCONGAN BUDAYA: FESTIVAL RENTAK NEGERI 2026:
“Lantai Adat, Laman Budaya”
Tarikh: 26 – 28 Jun 2026 (Jumaat hingga Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 11.30 malam
Lokasi: Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan
Festival ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Pelbagai aktiviti menarik, pameran kebudayaan, dan jualan makanan menanti anda semua.
“Moh Dogheh Ghamai-Ghamai!” Sama-sama kita memelihara dan menghargai seni budaya warisan bangsa.
Show More

Related Articles

Back to top button