Berita

Tuanku Muhriz Tunai Solat Jumaat Bersama Jemaah di Masjid Kariah Gunung Pasir

SERI MENANTI: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-’Abidin.

Solat Jumaat tersebut diimamkan oleh Imam 1 Masjid Kariah Gunung Pasir, Wan Muhammad Saifuddin Wan Salim.

Selesai menunaikan solat Jumaat, baginda berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama rakyat yang berlangsung di Luak Tanah Mengandung.

Majlis berkenaan mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 500 rakyat hadir bagi bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Baginda turut kelihatan tenang menyantuni rakyat yang hadir sepanjang majlis berkenaan meskipun Negeri Sembilan ketika ini menjadi perhatian susulan perkembangan terkini membabitkan institusi diraja negeri.

Keberangkatan baginda mencerminkan hubungan erat institusi diraja dengan rakyat serta menjadi medan mengukuhkan silaturahim antara istana dan masyarakat setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button