Berita

Tujuh buah keluarga terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin

PORT DICKSON: Sebanyak tujuh buah keluarga yang terjejas akibat banjir di sekitar DUN Linggi telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban mereka.

“Sumbangan tersebut, diserahkan sendiri oleh saya sewaktu menziarahi mereka.

“Dalam pada itu, saya juga turut melawat dua tapak projek Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) di Kampung Barisan dan Taman Intan Perdana.

“Saya berharap agar inisiatif ini dapat memberi peluang kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan kampung (JPKK) untuk menjana dana dan akhirnya membantu masyarakat setempat yang memerlukannya,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button