BeritaMenarik

Veerapan ambil berat kualiti penginapan pekerja tempatan dan asing di asrama pekerja

NILAI: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam mengambil berat taraf dan kualiti penginapan pekerja tempatan, mahupun asing di asrama pekerja yang majikan sediakan.

Veerapan berkata, ini adalah antara perkara yang dibincangkan di Program Simposium Perburuhan Peringkat Negeri Sembilan Siri 8/2024 di Nilai Springs Resort Hotel.

“Pelbagai topik telah dibincangkan termasuk pindaan terbaru Akta Kerja 1955, perumahan dan penginapan pekerja (Akta 446), gaji progresif serta penawaran pekerjaan kepada pekerja-pekerja bekas banduan.

“Semua majikan di Negeri Sembilan perlu mematuhi akta yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS).

“Saya memandang serius perkara ini dengan turun padang bersama JTK bagi melihat sendiri penginapan pekerja tempatan mahupun asing.

“Untuk pengetahuan, terdapat sebanyak 21 Penyedia Penginapan Berpusat di sekitar Negeri Sembilan yang diperakukan oleh JTKNS serta boleh menempatkan 8,345 pekerja,” kata Veerapan.

Veerapan berkata, beliau mahu Negeri Sembilan menjadi satu tempat yang kondusif untuk pekerja asing seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.

Seramai 500 peserta telah menghadiri simposium ini dan melalui program ini para peserta juga akan mendapat pengetahuan dan maklumat berkaitan isu-isu perburuhan semasa, akta-akta berkaitan yang boleh membantu mereka.

Turut hadir, Pengarah JTKNS, Roslan Bahari.

Show More

Related Articles

Back to top button