Menarik

Veerapan nasihat pengguna lebih cakna dalam aspek hak pengguna

KUALA PILAH: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam mahu pengguna di Negeri Sembilan menjadi lebih cakna dan berdaya upaya dalam aspek hak dan perlindungan pengguna.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Program Cabaran Bakul Pengguna Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 di Giant Hypermarket, Kuala Pilah.

“Objektif program ini adalah merancakkan advokasi dan pendidikan berkenaan hak-hak dan perlindungan pengguna daripada pelbagai jenayah siber.

“Para peserta dalam program ini terdiri daripada penjawat awam di Negeri Sembilan khususnya Ahli Gerakan Pengguna Daerah, Ahli Gerakan Pengguna Siswa, NGO dan wakil daripada Penggerak Komuniti Pengguna.

“Program ini diadakan sempena Hari Pengguna Tahun 2024 dengan tema ‘Kuasa Pengguna: Mendepani Realiti Zaman’,” kata Veerapan.

Veerapan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNK) Negeri Sembilan di atas penganjuran program ini.

Turut hadir, Pengarah KPDNK Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan.

Show More

Related Articles

Back to top button