SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam mahu memastikan pekerja gerai di R&R Lebuh Raya PLUS mendapat perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Justeru itu, satu Operasi Bersepadu (OPS RnR) yang diketuai oleh saya sendiri bersama PERKESO dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah dijalankan pada 29 Februari lalu bagi menjejak majikan yang gagal mendaftar dan mencarum pekerja dengan PERKESO.
“Operasi ini bertujuan untuk memastikan majikan telah berdaftar dengan PERKESO, premis berdaftar dan berlesen dibawah SSM serta ruang perniagaan yang diberikan tidak disalahguna.
“Sebanyak 65 Kiosk dan Tapak Niaga yang melibatkan Ruang Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya PLUS Seremban Arah Utara dan Selatan serta Perhentian Nilai, Senawang dan Pedas/Linggi Arah Utara dan Selatan telah diperiksa samada mematuhi kepatuhan Akta Kawal Selia kedua-dua agensi (PERKESO dan SSM).
Turut serta, Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, Encik Nur Mohammad Bakhtir Mohamad Akhir dan pegawai Pejabat SSM Negeri Sembilan.