Berita

Warga emas perlu dihargai

SEREMBAN JAYA: Golongan warga emas perlulah dihargai dan disayangi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, ini kerana warga emas telah banyak menabur jasa dan bakti kepada keluarga mereka, masyarakat mahupun negara.

“Mereka telah melalui pelbagai liku kehidupan dalam memberikan yang terbaik demi kita semua.

“Oleh itu, wajar sekiranya kita menghargai mereka semua dan bukan ahli keluarga kita sahaja,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren berkata demikian di Majlis Penyerahan Bantuan Warga Emas kepada 597 orang di Dewan Orang Ramai Seremban Jaya.

Show More

Related Articles

Back to top button