BeritaMenarik

Veerapan santuni 64 keluarga Orang Asli sempena Hari Orang Asal Sedunia

REPAH: Sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah melawat dua buah Kampung Orang Asli (KOA) iaitu Kampung Ulu Pondoi dan Taman Tasik Tampin.

“Dalam lawatan tersebut, saya telah menghulurkan sumbangan berbentuk bakul makanan kepada Kampung Orang Asli Ulu Pondai (27 keluarga) dan penduduk Kampung Orang Asli Tebuk Pasir (24 keluarga) serta Taman Tasik Tampin (13 keluarga).

“Selain itu, saya juga mengagihkan Jalur Gemilang kepada penduduk kampung dalam menyemarakan semangat Bulan Kebangsaan.

“Lawatan ke Kampung Orang Asli (KOA) di Daerah Tampin sebenarnya rutin saya bagi menyantuni masyarakat Orang Asal di samping menumpukan perhatian khusus dalam hal kebajikan golongan tersebut.

“Cuma kali ini lawatan ini agak istimewa sempena sambutan Hari Orang Asal Sedunia,’ kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button