Berita

Veerapan sumbang RM5,000 kepada SJKT Ladang Regent

REPAH: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam telah menyumbang RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Regent, Gemencheh.

“Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah dan ibu bapa atas kerjasama yang erat.

“Pihak sekolah memaklumkan lebih 80 peratus ibu bapa telah hadir ke mesyuarat ini dan mengutarakan pandangan.

“Kehadiran 80 peratus ibu bapa merupakan satu perkembangan yang sangat baik dan membuktikan ibu bapa di SJKT Ladang Regent sangat mengambil berat tentang aspek akademik anak-anak mereka di sekolah ini,” kata Veerapan.

Dalam pada itu, Veerapan juga menerangkan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan berkaitan bidang pendidikan termasuk Bantuan Anak Sekolah, Bantuan Anak Negeri, Bantuan IPTA, Tabung Penyelenggaraan Sekolah serta Anugerah Kecemerlangan Ijazah Kelas Pertama.

Sementara itu, pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada Veerapan di atas keprihatinan beliau terhadap pembangunan SJKT Ladang Regent.

Turut hadir, Guru Besar SJKT Ladang Regent, M.Ganesan; Pengerusi PIBG dan ibu bapa.

Show More

Related Articles

Back to top button