YB Kita
		
	
	
Warga Felda dekat dengan hati dan jiwa saya: ISAM

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa telah merasmikan Majlis Penutup Sentuhan Madani FELDA Zon Rokan yang diadakan di Akademi Kecemerlangan Minda dan Fizikal, FELDA Bukit Rokan.
“Setiap kali saya turun ke FELDA, saya rasa dekat dengan masyarakatnya yang penuh semangat dan kekuatan.
“Antara isu yang sering saya suarakan di Parlimen ialah isu berkaitan FELDA dan pembangunan luar bandar, kerana dalam hati saya, jiwa saya tetap bersama FELDA dan luar bandar.
“Malah saya pun berasal dari kawasan luar bandar.
“Tahniah kepada semua warga FELDA dan pasukan penganjur atas kejayaan program ini.
“Semoga semangat kebersamaan ini terus subur demi kemajuan masyarakat luar bandar,” kata Mohd Isam.
				


