BeritaMenarikProgram

Warga FELDA ‘disentuh’, jambatan akrab dengan Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Terdapat 49 tanah rancangan FELDA di Negeri Sembilan dan peneroka FELDA merupakan salah satu kelompok masyarakat terbesar di Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, komuniti akar umbi memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara untuk membantu seluruh jentera kerajaan menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Program Sentuhan MADANI FELDA ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam mengukuhkan jaringan hubungan Kerajaan Negeri dengan warga FELDA di samping memupuk semangat perpaduan yang erat dan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri ini.

“Sehubungan itu, sebanyak RM0.5 juta disediakan bagi program ini di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2025,” ujar Aminuddin.

Belanjawan Negeri Sembilan 2025 bertema ‘Bersama Membina Negeri MADANI’.

Show More

Related Articles

Back to top button