BeritaMenarik

128 anak yatim, asnaf dan Maahad Tahfiz terima sumbangan RM121,400 daripada Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyerahkan sumbangan kewangan berjumlah RM121,400 kepada 128 anak yatim, asnaf, ibu tunggal dan Maahad Tahfiz sempena Program Kasih Ramadan.

Aminuddin berkata, program ini merupakan anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dengan kerjasama agensi kerajaan, GLC dan syarikat swasta.

“Selain sumbangan kewangan, kita turut memberikan bantuan dalam bentuk barangan makanan dan basikal kepada pelajar yang memerlukannya.

“Saya berharap syarikat swasta, agensi kerajaan dan GLC dapat meneruskan program kebajikan seperti ini pada masa akan datang dan bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja tetapi perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali.

“Ini dapat membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Aminuddin berkata demikian di majlis penyerahan sumbangan program Kasih Ramadan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.

Turut hadir, Yang di-Pertua BAKRIYAH, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, YB Noorzunita Begum Mohd Ibrahim yang juga Ahli Lembaga PPANS dan Pengarah PPANS, Puan Hajah Jamilah @ Chumila Haji Katis.

Show More

Related Articles

Back to top button