Berita
153 individu terima sumbangan daripada Aminuddin
SIKAMAT: Seramai 153 individu di dalam DUN Sikamat telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 115 individu merupakan warga emas yang menerima Bantuan Keceriaan Warga Emas berjumlah RM200 seorang.
“Selain itu, 23 individu lagi adalah belia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
“Dalam masa sama, 15 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut menerima sumbangan kewangan.
“Sumbangan kewangan yang diberikan ini adalah di bawah inisiatif Aspirasi Perpaduan Kerajaan Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.